MINGGU DISIPLIN & CERAMAH AADK






Ceramah AADK diadakan pada 19 Ogos 2009 bertempat di Surau Al Syakirin SK Sri Suria (1). Pelajar-pelajar yang terlibat adalah semua pelajar Tahun 6 seramai 250 orang. Ceramah disampaikan oleh Pegawai AADK Daerah Tanah Merah yang meliputi bahaya penyalahgunaan dadah. Sesi ceramah ini adalah sebagai salah satu pengisian dalam Minggu Penghayatan Disiplin yang telah dilancarkan pada hari Ahad lalu, 16 Ogos 2009 oleh Ketua Polis IPD Tanah Merah. Diharapkan semua pelajar mendapat pengetahuan dan manfaat dari sesi ceramah yang diadakan ini.