Sunday, March 28, 2010

KURSUS FASILITATOR SAHABAT PPDa-PETRONAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Tarikh : 23 - 25 Mac 2010
Tempat : Taman Rahlah,Semerak,Pasir Puteh,Kelantan.
Sasaran : 30 orang murid sekolah rendah dan 70 orang pelajar sekolah menengah

SEBAB-SEBAB SESEORANG MENAGIH DADAH

 July 23, 2009 - Filed Under Uncategorized

1. Kerana ingin tahu .

2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .

3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah .

4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .

5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .

6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .

7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .

8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .

9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :

a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.

b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

PELAJAR PEREMPUAN DITAHAN BERSAMA DADAH

Posted on July 29, 2009 - Filed Under Berita 2009


1 April - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga ditahan berhampiran Pangsapuri Fasa 7, Presint 9 Putrajaya di sini Jumaat lalu kerana disyaki memiliki dadah dipercayai jenis ketamin seberat 9.4 gram.

Pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 10.25 pagi bersama empat lelaki ketika berlegar-legar berhampiran pangsapuri terbabit dalam keadaan mencurigakan selepas mendapat maklum balas orang ramai.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Abdul Razak Abdul Majid berkata, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian dan menahan kelima-lima individu terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan terhadap pelajar berkenaan, polis menemui serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin seberat 9.4 gram dalam beg pelajar terbabit. Pelajar itu juga didapati ponteng sekolah.

“Pelajar berkenaan ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Empat lain yang ditahan ialah dua pelajar dari Shah Alam dan dua penganggur.

Kelmarin, kata Abdul Razak, pelajar perempuan berkenaan dibebaskan atas jaminan polis sementara menunggu perbicaraan.

Katanya, pelajar itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1957 dan jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman berkelakuan baik selama dua tahun memandangkan dia masih di bawah umur.

Dalam kes lain, beliau berkata, Geng Cuci yang sebelum ini dikesan mencuri barangan berharga ke beberapa pejabat di Presint Diplomatik di sini kembali mengganas apabila mencuri enam komputer riba di sebuah pejabat di Presint 14, selang beberapa hari selepas kejadian pertama.

Geng yang menyamar sebagai tukang cuci permaidani dan penghawa dingin itu menggunakan modus operandi yang sama iaitu mengarahkan kakitangan syarikat terbabit mengosongkan pejabat bagi memudahkan mereka mencuci penghawa dingin.

Kejadian terbaru itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari Ahad lalu dan mereka melarikan enam komputer riba yang dianggarkan bernilai RM22,000.

“Kita meminta orang ramai supaya memeriksa status mereka yang mendakwa sebagai tukang cuci penghawa dingin atau permaidani kerana dengan majikan masing-masing kita bimbang kejadian ini berulang pada masa depan.

“Ini adalah kes kedua dalam tempoh seminggu dan kami amat berharap supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang asing memasuki pejabat walaupun dengan alasan kukuh,” katanya. –Hmetro

LAWATAN REHAT MINDA KE KUALA TERENGGANU

PEJABAT UTUSAN MALAYSIA DI KUALA TERENGGANU


MASJID DI JERTEH

Tuesday, March 9, 2010

LAWATAN REHAT MINDA KE KUALA TERENGGANU

TARIKH : 8 dan 9 Mac 2010
HARI : Isnin dan Selasa
MASA BERTOLAK : 8.30 pagi.(8 Mac 2010)
MASA TIBA DI SKSS(1) : 5.05 petang.(9 Mac 2010)
BILANGAN : 1) Murid seramai 74 orang.
                       2) Guru seramai 6 orang

Wednesday, March 3, 2010

KURSUS JURULATIH UTAMA PROGRAM SAHABAT PPDa-PETRONAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2010

Tarikh : 23 - 25 Februari 2010
Tempat : Chalet Ayer Panas,Pengkalan Hulu,
               Perak Darul Ridzuan.

PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2010

Tarikh: 28 hingga 1 April 2010
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1),17500 Tanah Merah,Kelantan.
Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh : Guru  bertugas mingguan.
Tema: 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Program :1) Pertandingan melukis poster tahap 2.
                2) Pertandingan mendeklamasi sajak.
                3) Pertandingan mengarang tahap 2.

Monday, March 1, 2010

PERMOHONAN PENEMPATAN, PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012

Tarikh: 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010

Tempat: Pejabat Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, Tanah Merah, Kelantan.

1. Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2005-1.1.2006 (Tahun Persekolahan 2012)

2. Semakan Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2004-1.1.2005 (Tahun Persekolahan 2011)

Ibu bapa/penjaga yang berkenaan dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan di atas dengan membawa;

a. Surat Beranak/Sijil Kelahiran Asal

b. 1 Salinan Fotostat Surat Beranak/Sijil Kelahiran

Masa berurusan dengan pihak sekolah adalah pada waktu pejabat sahaja.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP